Teroka
Rapid

Naik tren, jelajahi bandar, dan temui pelbagai stesen yang menyimpan kisah unik Malaysia. Kumpul cop eksklusif pada poskad percuma anda dan cipta koleksi penuh bermakna. Setiap rekaan grafik baharu hadir setiap bulan!

Ambil gambar paling kreatif dan kongsi di media sosial dengan #SinggahSebentarRapidKL.

Naik.Jelajah.Kumpul.

Kembara Bandar,
Cop Bercerita!

Poskad Pertama

Mainan Dulu Dulu

Menyemai semula semangat permainan tradisional sebagai cerminan membina kreativiti, kebersamaan, dan warisan budaya masyarakat kita.

Poskad Kedua

Juadah Nostalgia

Merakam keunikan rasa Malaysia yang menyatukan pelbagai bangsa melalui hidangan tempatan yang dekat di hati.

Poskad Ketiga

Busana Warisan

Meraikan pesona pakaian tradisional yang melambangkan keharmonian antara budaya dalam satu identiti kebangsaan.

Cara untuk sertai

1. Ambil Poskad

Dapatkan poskad percuma di stesen terlibat

2. Stesen Setem

Cari stesen setem dan cop poskad anda

3. Kumpul semua koleksi

Lawati semua stesen yang terlibat dan lengkapkan koleksi anda

4. Siap

Setiap cop, satu kisah baharu untuk dikongsi.

Other Initiatives
KANTA Laluan Antara Kita Tiang Seni